Kenshido Product
Dengan rasa bangga dan berbesar hati pihak Syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah disahkan Kepatuhan Syariah pada 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431.
Syukur alhamdulillah tiada lagi was-was tentang sumber pendapatan dari perniagaan ini kerana Produk dan juga Pelan Pemasaran Bertingkat kami telah dipantau dan dianalisa dan didapati TIADA perlanggaran terhadap Hukum Syara’.
Pertama dianugerahkan kepada mana-mana syarikat Network Marketing di Malaysia mahupun di seluruh dunia!
HEBAT SCORE A PROGRAMME!!!!
Panel-panel Penasihat Syariah Tetap Kenshido
Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS)
- Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Undang-undang sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Second Class (Upper) Honours) pada tahun 1993.
- Tahun 1994, dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Sarjana Muda, kali ini mengkhusus ke arah undang-undang Islam iaitu LL.B (Syariah)(First Class Honours).
- Tahun 2000, Universiti Jordan, Amman, beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehakiman Islam.
- Salah seorang ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.
En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS)
- Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam bidang Syariah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Kelas Pertama pada tahun 1996.
- Tahun 2001 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Ekonomi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan sebelum itu berpengalaman luas menjalankan kajian secara berseorangan atau berkumpulan di dalam isu-isu muamalat Islam yang lain seperti kajian tentang takaful, perbankan Islam, zakat, wakaf dan sebagainya.
- Mulai 1997 hinggalah sekarang En. Azizi adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan pengalaman mengajar subjek-subjek muamalat, ekonomi, pasaran modal Islam dan lain-lain.